KEK COKLAT LAPIS KEJU
ok, ini adalah salah satu kek kegemaran saya. walaupun hendak buatnya memakan kos yang mahal tapi disebabkan keknya yang sedap kerana ada keju didalamnya dan juga gabungan coklat membuatkan kek itu menjadi sedap sehingga menjilat jari..heheh..
disini saya ingin kongsikan resepi kek coklat lapis keju ini yang saya ambil daripada seorang blogger jugak.
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla
Sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul
rata dan diayak)
BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur grad A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK BAHAGIAN COKLAT
:- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen
vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak
jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah
diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis,
gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.
- UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.
- UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM
CHEESE :- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3
inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser
juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin
dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20
minit.
- Bila kek masak, tuang pula
bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan
aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang
baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.
- Kalau ikut resipi Kak Yatie, kena
kukus 20 minit lagi, tapi mat kukus kurang lebih 35 minit, ini anda kena
check sendiri, lepas 20 minit, buka aluminium foil dan periksa bahagian
tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak, pastikan
anda tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari
tin, boleh dipotong dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk,
pastikan anda bungkus atau letak dalam bekas bekas bertutup sebelum
disimpan.
selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment