Assalamualaikum semua..sekarang menjadi trend atau budaya apabila mengadakan majlis hari jadi,majlis ulang tahun perkahwinan atau majlis perkahwinan, mesti terdapat kek bukan. tetapi sekarang selain kek, terdapat pelbagai jenis biskut, kek cawan dan gula-gula. terutamanya bagi anak-anak muda sekarang yang telah berkahwin, dan disertakan sekali 'photoboth' iaitu tempat untuk menangkap gambar.
menarik apabila melihat dekorasi yang dibuat untuk persiapan majlis tersebut.menggunakan warna-warna yang lembut dan tenang yang dapat menaikkan lagi suasana majlis tersebut. contoh-contoh warna tersebut warna biru laut, merah jambu lembut, dan lain-lain lagi. selalunya majlis yang dibuat mengikut tema yang dipilih seperti tema taman, karton, filem, warna dan lain-lagi . majlis yang dibuat selalunya di rumah,cafe, hotel, atau yang sukakan alam sekitar boleh buat di luar.
No comments:
Post a Comment