APA ITU PASTRI?
Pastri adalah nama yang diberikan kepada pelbagai jenis produk bakar yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung, gula, susu, mentega, lelemak, serbuk penaik, dan telur. manakala kek kecil, tart dan lain-lain produk bakar manis juga dipanggil sebagai PASTRI. Pastri juga merujuk kepada doh daripada mana-mana produk bakar yang dibuat. doh pastri diuli sehingga nipis dan digunakan sebagai produk asas untuk produk bakar. Pastri yang baik adalah pastri yang ringan, lapang dan lemak, tetapi cukup pejal untuk menyokong berat atau isi didalamnya.
Terdapat beberapa jenis pastri:
Pastri Rapuh- adunan tepung sama banyak dengan mentega
Pastri Lapis- adunan mentega lebih banyak daripada tepung
Pastri Choux- adunan tepung bergantung kepada jumlah cecair yang digunakan
PASTRI RAPUH
Pastri rapuh merupakan salah satu daripada jenis pastri yang biasa digunakan untuk membuat pai, tart yang menggunakan filling/inti pedas atau savori. terdapat 2 jenis pastri yang rapuh iaitu pastri rapuh bergula dan pastri rapuh tanpa gula. ia hal ini kerana ia dikenali sebagai short crust pastry dan sugar pastry. Bahan yang digunakan adalah garam, tepung, marjerin dan digaul untuk mendapatkan doh yang baik. ia tidak menggunakan gula sebagai bahan utama. Blinda bake adalah proses yang biasa digunakan untuk membakar doh pai untuk mengelakkan doh daripada menggelembung dan mencapai tekstur yang terbaik. semasa menguli, perlu berhati-hati kerana marjerin mudah cair dan boleh menyebabkan doh menjadi keras.
PASTRI LAPIS
Pastri lapis merupakan doh asas untuk menghasilkan Vol-au-vent, palmeir, danish, croissant dan paf. menggunakan tepung yang bergluten tinggi, pastri marjerin dan air sejuk yang diadun sebati sehingga menjadi doh yang berlapis-lapis. hal ini disebabkan ole udara yang diperangkap ke dalam pastri semasa proses melipat doh.
ok disebabkan hari ini topik kita adalah tentang pastri...saya ada satu resepi pastri yang ringkas dan senang dibuat.
CREAM PUFFS
Bahan-Bahan buat Puff
100 ml air
45 gm mentega
1 biji telur
60 gm tepung
serbaguna – diayak
¼ tsp garam
1 tsp gula
Bahan-bahan Inti Cream
250 ml susu –
disuamkan
1 biji telur
1 biji kuning telur
15 gm tepung
kastard
15 gm tepung jagung
50 gm gula kastor
¼ tsp esen vanilla
Cara Penyediaan Puff :
1. Didihkan air, masukkan mentega bersama-sama gula dan garam.
2. Alihkan perik dari api dan masukkan tepung sekali gus.
3. kemudian, letakkan semula di atas api. Kacau sehingga tepung tidak
melekat di tepi periuk.
4. Angkat dan alihkan adunan ke dalam mangkuk adunan. Sejukkan.
5. Kemudian, masukkan telur perlahan-lahan sambil memutar adunan
sehingga sebati dan licin.
4. Dengan menggunakan nozzle dan piping bag, paipkan menjadi bentuk puff
dan éclairs.
Cara penyediaan Inti Cream
Cara penyediaan Inti Cream
1. Pukul telur, kuning telur, tepung kastard, tepung jagung, gula kastor
dan esen vanilla hingga sebati.
2. Tuangkan susu yang telah disuamkan dan kacau adunan hingga rata.
3. Masak di atas api sederhana sehingga kastard mendidih dan agak likat.
4. Sejukkan sebelum digunakan.
SELAMAT MENCUBA!!!
No comments:
Post a Comment