Tuesday, 19 May 2015

'Cheesekut'

hermmm..kali ini sekali lagi saya ingin kongsikan resepi kegemaran saya dan tentu anda semua pasti akan suka juga. nama diberi 'cheesekut'. kalau dah ada perkataan keju tu,mesti ada kejukan..haaa dengar nama pun dah nampak macam sedap kan.

Bahan-bahan:
  •  cream cheese (250g)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • biskut deluxe crackers(perasa original)
  • nestum
  • susu segar dutch lady (utk celup biskut)
Cara-cara:
  • pukul cream cheese guna pemutar kek sampai hancur
  • masukkan 1/2 tin susu pekat manis (boleh lebihkan atau kurangkan kalau suka manis)
  • putar bahan sehingga sebati 
  • kemudian celupkan biskut ke dalam susu segar, (jangan sampai lembik)
  • susunkan biskut tadi ke dalam loyang (tidak perlu patahkan biskut tu)
  • kemudian, sapukan cream cheese yang telah siap diputar tadi ke atas susunan biskut dalam loyang dan taburkan nestum.
  • kemudian, ulang balik langkah yang sama iaitu celup biskut dan susun dalam loyang, sapu cream cheese dan tabur nestum.
  • apabila dah siap susun, yang lebihan cream cheese tadi boleh dijadikan sebagai topping dan taburkan nestum. kalau letak lagi sedap.yummy..
  • akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais. dan siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment