Wednesday, 20 May 2015

KEBAIKAN COKLAT!!**


> Coklat mengurangkan kadar serangan strok.

Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

9 lagi rahsia kebaikan COKLAT yang tak ramai orang tahu! 


 > Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.

Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.


> Coklat boleh melawan diabetis.

Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.


> Coklat melindungi kulit anda.

Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!


> Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk.

Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.


> Coklat memberikan anda mood yang baik.

Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.


> Coklat membantu meningkatkan peraliran darah.

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.


> Coklat meningkatkan kadar penglihatan.

Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.


> Coklat boleh membuatkan anda bijak.

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.



> Coklat boleh mengisi perut anda.

Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.


Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti gula, butter yang meningkatkan jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai, kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.
Satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori, berbanding satu sudu gula iaitu 30 kalori. Coklat juga mengadungi kaffeine. satu auns coklat mengandungi 23mg kaffeine. Tapi tak perlu risau, satu bar coklat hanya mengandungi 100mg kaffeine yang hanya bersamaan dengan satu cawan kopi.







BISKUT RAYA....

hermmm lagi beberapa minggu bagi umat Islam, bulan Ramadan akan tiba. mesti anda masih tercari-cari resepi biskut apa yang ingin dibuat pada tahun ini kan. ok saya ada satu resepi ini. 

Bahan-bahan ( 300 biji )
        3 cawan tepung gandum                  
        6 cawan oat                                                      BISKUT OAT COKLAT
   1 1/2 cawan minyak sapi dicairkan
   1 1/4 cawan gula kastor @ mesin
       1/2 buku mentega dicairkan
   6 sudu besar serbuk koko
        
       Untuk Salut:     
        1 1/2 cawan susu tepung
         1 cawan gula halus

 Cara-cara

  1. Gaulkan tepung gandum, oat, gula & serbuk koko
  2.  Kemudian masukkan mentega, minyak sapi & gaulkan sehingga sekata. Elakkan menggunakan mesin penggaul atau meramas ketika menggaul jika ingin mengekalkan tekstur oat
  3.  Gentel bulat-bulat dan susun di atas talam pembakar. Bakar di dalam         ketuhar tidak lebih 20 minit dengan suhu 240 darjah celcius
  4. Gaul susu tepung dengan gula untuk salut biskut setelah masak dibakar





PASTRI

APA ITU PASTRI?

Pastri adalah nama yang diberikan kepada pelbagai jenis produk bakar yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung, gula, susu, mentega, lelemak, serbuk penaik, dan telur. manakala kek kecil, tart dan lain-lain produk bakar manis juga dipanggil sebagai PASTRI. Pastri juga merujuk kepada doh daripada mana-mana produk bakar yang dibuat. doh pastri diuli sehingga nipis dan digunakan sebagai produk asas untuk produk bakar. Pastri yang baik adalah pastri yang ringan, lapang dan lemak, tetapi cukup pejal untuk menyokong berat atau isi didalamnya.

Terdapat beberapa jenis pastri:
Pastri Rapuh- adunan tepung sama banyak dengan mentega
Pastri Lapis- adunan mentega lebih banyak daripada tepung
Pastri Choux- adunan tepung bergantung kepada jumlah cecair yang digunakan

PASTRI RAPUH

Pastri rapuh merupakan salah satu daripada jenis pastri yang biasa digunakan untuk membuat pai, tart yang menggunakan filling/inti pedas atau savori. terdapat 2 jenis pastri yang rapuh iaitu pastri rapuh bergula dan pastri rapuh tanpa gula. ia hal ini kerana ia dikenali sebagai short crust pastry dan sugar pastry. Bahan yang digunakan adalah garam, tepung, marjerin dan digaul untuk mendapatkan doh yang baik. ia tidak menggunakan gula sebagai bahan utama. Blinda bake adalah proses yang biasa digunakan untuk membakar doh pai untuk mengelakkan doh daripada menggelembung dan mencapai tekstur yang terbaik. semasa menguli, perlu berhati-hati kerana marjerin mudah cair dan boleh menyebabkan doh menjadi keras.

PASTRI LAPIS

Pastri lapis merupakan doh asas untuk menghasilkan Vol-au-vent, palmeir, danish, croissant dan paf. menggunakan tepung yang bergluten tinggi, pastri marjerin dan air sejuk yang diadun sebati sehingga menjadi doh yang berlapis-lapis. hal ini disebabkan ole udara yang diperangkap ke dalam pastri semasa proses melipat doh.

ok disebabkan hari ini topik kita adalah tentang pastri...saya ada satu resepi pastri yang ringkas dan senang dibuat.
CREAM PUFFS                                                                 


Bahan-Bahan buat Puff

100 ml air
45 gm mentega
1 biji telur
60 gm tepung serbaguna – diayak
¼ tsp garam
1 tsp gula

Bahan-bahan Inti Cream

250 ml susu – disuamkan
1 biji telur
1 biji kuning telur
15 gm tepung kastard
15 gm tepung jagung
50 gm gula kastor
                                                                           ¼ tsp esen vanilla

Cara Penyediaan Puff :

1. Didihkan air, masukkan mentega bersama-sama gula dan garam.
2. Alihkan perik dari api dan masukkan tepung sekali gus.
3. kemudian, letakkan semula di atas api. Kacau sehingga tepung tidak melekat di tepi periuk.
4. Angkat dan alihkan adunan ke dalam mangkuk adunan. Sejukkan.
5. Kemudian, masukkan telur perlahan-lahan sambil memutar adunan sehingga sebati dan licin.
4. Dengan menggunakan nozzle dan piping bag, paipkan menjadi bentuk puff dan éclairs.

Cara penyediaan Inti Cream

1. Pukul telur, kuning telur, tepung kastard, tepung jagung, gula kastor dan esen vanilla hingga sebati.
2. Tuangkan susu yang telah disuamkan dan kacau adunan hingga rata.
3. Masak di atas api sederhana sehingga kastard mendidih dan agak likat.
4. Sejukkan sebelum digunakan.


                                         SELAMAT MENCUBA!!!



CARA MUDAH BUAT ROTI SEDAP..!!!

Assalamualaikum...kembali lagi saya diblog ini. ok. kali ini saya ingin berkongsi cara mudah membuat roti yang sedap.

 


SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, 19 May 2015

PROMOSI!!! AIRIZS BAKERY

Assalamualaikum...

PROMOSI!! PROMOSI!!!

AIRIZS BAKERY kini mengadakan promosi. kami juga menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:
  •  Diskaun diberi kepada yang menjadi ahli AIRIZS BAKERY.
  • Tempahan  boleh dibuat untuk menempah kek sempena hari lahir,hari ulang tahun dan lain-lain lagi.
  • Promosi diberikan apabila tiba hari perayaan.
  • Harga yang berpatutan.
  • Terdapat pelbagai jenis kek, biskut dan juga roti. 


Persiapan Majlis dengan Dekorasi daripada bakery.

Assalamualaikum semua..sekarang menjadi trend atau budaya apabila mengadakan majlis hari jadi,majlis ulang tahun perkahwinan atau majlis perkahwinan, mesti terdapat kek bukan. tetapi sekarang selain kek, terdapat pelbagai jenis biskut, kek cawan dan gula-gula. terutamanya bagi anak-anak muda sekarang yang telah berkahwin, dan disertakan sekali 'photoboth' iaitu tempat untuk menangkap gambar.


                                                                                     
          menarik apabila melihat dekorasi yang dibuat untuk persiapan majlis tersebut.menggunakan warna-warna yang lembut dan tenang yang dapat menaikkan lagi suasana majlis tersebut. contoh-contoh warna tersebut warna biru laut, merah jambu lembut, dan lain-lain lagi. selalunya majlis yang dibuat mengikut tema yang dipilih seperti tema taman, karton, filem, warna dan lain-lagi . majlis yang dibuat selalunya di rumah,cafe, hotel, atau yang sukakan alam sekitar boleh buat di luar.